Dulu, masa zaman sekolah dulu aku pernah ikut family Mot pergi majlis taalim. Masa tu topik aku tak pasti pasal apa tapi ada satu momen tu ustazah tu cakap pasal rasulullah. Then, ustazah tu panggil la sorang makcik ni utk bercakap. Time makcik tu nak cakap, nada dia first ok ... lama lama start nak teresak esak dah. Lama lamaa dia cakap sambil cuba utk menahan air mata. Suasana pun jadi macam agak suram. Jujur lahhh, waktu tu aku macam emm... tah laa takde la pulak feel nak nanges ni. Aku pun pelik, kenapa orang ramai macam sebak je, kenapa makcik tu menangis bila cerita pasal perjuangan rasulullah. Sampai dia kena pass kan giliran dia kat orang lain. Aku bingung. Tapi wat dekk je laa takkan aku nak pi mencelah pulak tanya, "Makcik, nape makcik nanges?". Choii! Buat malu je.
Tapi sekarang, alhamdulillah Allah dah bukakkan hati aku untuk faham kenapa makcik tu menangis haritu. Kenapa semua orang jadi suram.
Makcik tu menangis sebab dia hayati perjuangan rasulullah, dia hayati dengan mata hati, pengorbanan, perjuangan, kasih sayang seorang rasul kepada umatnya. Bukan dengan tutur bicara semata mata. Dulu mungkin aku tak boleh nak menghayati dengan mata hati, mungkin aku hanya memahami, mengetahui dengan akal fikiran. Tapi tak begitu terkesan dalam hati aku.
Semakin aku meningkat dewasa, aku cuba dalami pelbagai ilmu, aku cuba singkap sejarah sejarah terdahulu terutamanya sejarah yang paling menarik hati aku kini, sejarah Islam. Dan ya ... Allahu ... semakin aku dalami, semakin aku pilu. Betapa kerdilnyaa usaha kita kini, jika dibandingkan dengan pengorbanan dan perjuangan rasulullah serta sahabat sahabat baginda pada suatu ketika dahulu. Ada ketika, menitis air mataku. Betapa cekalnya hati seorang pemimpin ummat manusia. Diherdik dicaci dihina tapi tetap menjadi qudwah hasanah yang mulia. Cerminan akhlak yang kian sirna pada sukma insan yang bergelar manusia pada hari ini.
Post ni sebenarnya aku karang semalam, sebelum tidur. Entah kenapa tetiba hati terdetik untuk menaip pasal rasul Allah, rasulullah nabi kita - Nabi Muhammad S.A.W.
To be honest, aku jenis yang tak berapa nak ingat tarikh dan kebetulan harini 27 Mei 2014 bersamaan 27 Rejab adalah tarikh di mana terjadinya peristiwa israk dan mikraj yakni peristiwa dimana baginda Muhammad diangkat ke langit dan menerima perintah tentang solat daripada Allah. Jadi aku rasa tetiba terdetik hati ni nak mengarang pasal rasulullah, ini kebetulan yang indah :) Salam Israk Mikraj!
Sekian, wallahu'alam.

posted from Bloggeroid